Wednesday, December 15

Dilemma

mana satu aku nak pilih ni? fon @ gitar @ kasut basketball? semua berguna untuk aku..

fon samsung aku ni macam nak buat hal lagi dengan aku.. ni yg aku geram ni.. rasa cm nak campak jek fon ni kn.. hahaha..

gitar lak, memang aku dah lama nak beli gitar baru.. sebab gitar lama ni dah usang dah.. so aku ingat nak beli baru.. boleh cucuk kat amplifier lagi.. cool oh! dah a murah.. memang teringin gila a..

kasut basketball lak, kasut aku memang dah ancur semua.. so aku dah takde kasut n takleh nak main basketball cm dulu2 lagi dah..

haih.. mana satu nak pilih ni.. HELP ME!

Oh Kuiz Math!

hari ni kuiz math.. walaupn aku dah tenfok soalan, tapi still blur.. kenapa ek? pelik betul a.. tapi takpe a.. kuiz jek pn.. nanti masa standardize n UPS buat a betul2.. insyaALLAH boleh dapat 4 flat lagi sekali n boleh dapat tawaran ke universiti terbaekkkk dengan biasiswa.. ^_^

Monday, December 6

Hospital!

hari ni aku terpaksa pergi hospital.. nak buat cmne.. batuk aku dah 3 hari tak elok2 lagi.. kalau dapat H1N1 ke, mati a aku.. =.="

post kali ni aku nak share segala benda yg berlaku hari ni yg menyakitkan hati, mencuit hati n bla3..

cm biasa, aku bangun kul 7.30am (lewat ke? nak buat cmne.. selalunya fon ni bunyi, kali tak lak.. hehehe..).. pas mandi siap2 semua, aku terus pergi PPKK sebab nak pergi hospital.. dah siap isi semua borang, alamak! kad outing dengan kad matrix lak tertinggal.. so terpaksa a balik blok, amek semua tu.. mak aih.. kenapa kolej ni makin ganas? kunci pintu pagar gunua rantai besi siot! gila apa? ingat ni sekolah asrama ke? kalau MRSM ke, SBP ke, aku boleh terima lagi a.. ni kolej kediaman ke kandang harimau? =.="

dah amek semua barang2 tu (kad outing n kad matrix), aku, topek, afiq n chua pn tunggu a sampai van datang.. sebenarnya kad matrix tu takyah bawak pn takpe.. tapi oleh sebab I/C aku hilang kn, so terpaksa a bawak kad matrix kot2 a dia nak bukti aku punya num I/C.. huhuhu.. bila van dah sampai, kitorang pn naik a untuk pergi hospital.. tengah otw tu, kat depan blok iman, aku nampak napi tengah teropong budak.. apa a gila sangat ketua felo aku yg sorang ni.. dah buang tabiat ke? untuk apa dia bawak teropong tu? kot2 a dia nak bagi alasan dia rabun tu, aku boleh terima lagi a.. ni tak, dia pakai spek dah.. adeh..

sampai jek kat hospital, aku agak terkejut a.. mak aih.. unit pesakit luar dah macam klinik kat miri yg aku pernah pergi dulu.. aku ingatkan kuala klawang yg dok kat ceruk negeri sembilan tu yg paling ketinggalan zaman.. rupanya kuala nerang lagi teruk! =.="

okeh takpe a.. tak kesah a semua tu.. masa doktor panggil nak check, firstly dia tanya, "awak ada keturunan yg kena darah tinggi ka?" punya a terkejut aku.. pehal lak doktor ni tanya cmtu kn.. so dia cakap a tekanan darah aku 112/89.. aku ni tak reti sangat pasal benda2 medic ni.. tapi yg aku tau >80 dah kira tinggi a.. dia cakap dia nak check lagi sekali.. aku pn fine jela.. fuhh.. lega sikit sebab 2nd check 125/78.. tapi bagi aku kira tinggi gak a.. sebab dah nak mencecah 80.. =.="

lepas check, aku pergi amek ubat, makan kat cafe (thanks afiq sebab belanja aku! :D), then tunggu van sampai nak amek kitorang balik kolej.. nasib baik cepat, kalau tak, mati kebosanan a aku.. dah a tak bawak earphone.. so takleh a nak dengar lagu.. tension jek aku tengok topek dengar lagu.. >:(

lepas dah siap semua urusan kat PPKK, aku dah buntu.. nak lepak mana ni? aku dah a malas gila nak masuk kelas.. so ikut a topek pergi PSP.. ingat nak online kat sana, tapi komputer cm haram.. apa daaa.. =.="

so kitorang decided balik bilik jelaa.. cmne nak masuk? guna toyol a.. hahaha.. tapi apakan daya, tengah on the way balik asrama tu, mirul panggil aku sebab cikgu suruh masuk kelas.. alahai.. kantoi sudaa.. nak taknak terpaksa a aku balik kelas gak.. bodek2 cikgu sikit, then cikgu suruh pergi rehat kat sick bay.. dah sampai sick bay, aku cakap kat abang tu cikgu suruh aku rehat kat sick bay.. pastu dia minta surat lak.. ah sudah.. takya a kalau cmtu.. baik aku lepak surau jek lagi bagus.. hahaha.. so aku n topek lepak a surau sampai kul 1..

yg paling aku geram.. ada a plak mulut yg cibai sangat cakap aku takde rupa orang demam pn.. alamak.. bila masa lak aku cakap aku pergi hospital sebab demam? lu dah a salah shot, wa malas jek nak malukn lu.. pk leklok sebelum tuduh orang bro..

Friday, December 3

Selesema!

waaaaa!! seksanya aku hari ni.. dari malam tadi lagi kot.. dah a selesema.. batuk2 lak tu.. dapat package sekali dengan sakit tekak sebab asyik batuk jek.. ni tambah lagi pening kepala.. adeii.. berat gila kepala aku ni!! =.="

Alhamdulillah

alhamdulillah.. result PSPM aku boleh tahan a.. walaupn tak dapat >3.75 kn.. tapi aku still bersyukur sebab dapat 3.68.. ramai gak a drop kali ni.. tak dinafikan.. soalan dia memang susah gila.. aku punya result slack kat bisnes.. dapat B- jek.. =( yelaa.. nak buat cmne.. dah a sehari sebelum exam bisnes tu exam math.. so aku kena a stay up dengan member2 aku sebab nak tolong dorang.. nak berjaya biar sama2 a kn.. tak syok a kalau kita berjaya, member kita tak..

malam sebelum math tu, aku stay up sampai kul 4.. gila punya malam.. topik untuk 10 kali kuliah dalam satu malam.. tak cm meletup lak kepala otak kn.. lepas habis exam math, kalau tak silap aku, aku tak tidur langsung sampai malam.. pastu waktu tengah malam baru a sibuk nak study.. dapat lak beribu setan dah gayut kat mata aku suruh tidur.. memang takleh nak buat apa a.. masa tengah baca buku jek mesti tertidur.. ha, amek kau penangan! dapat 3.68..

btw, aku nak ucap congrats kat semua member2 aku yg berjaya dapat >3.5.. yg tak dapat tu, dont worry.. kita cuba lagi sem ni.. mesti boleh punya! sekurang2nya result kita tak teruk sampai kena kick kn? kepada sorang yg kena kick tu, dont worry.. malaysia ni kecik jek.. dah besar nanti kita boleh jumpa lagi..

Menyampah

meh sini dengar cerita aku.. aku post ni bukan nak burukkan sesiapa.. tapi sendiri mau ingat a..

apa function jadi cikgu ni? kalau kat sekolah rendah n menengah dulu, cikgu bertanggungjawab untuk mendidik anak murid dia menjadi insan yg berguna kepada masyarakat.. kalau dah masuk zaman lepasan SPM, aku pn taktau a apa function cikgu ni sebenarnya.. or should i say lecturer.. hey, ada ke kolej or universiti lain yg panggil insan tu cikgu lagi? aku rasa kat tempat aku jek panggil cikgu.. pelik kn?

actually, ku bukan nak cakap pasal benda ni.. aku just nak luahkan something.. perlu ke seorang guru (or leceturer) merajuk dengan anak murid dia? kenapa aku cakap cmni? cerita dia cmni..

waktu ekonomi aku, cikgu yg sepatutnya mengajar aku takde sebab dia pergi kursus.. so ada a sorang cikgu ni ganti.. masa dia mengajar, ramai a yg bersembang a, buat kerja lain a.. standard a tu kn? boleh ke someone fokus study jek sepanjang lebih daripada 5jam? kalau ada, aku tak pelik kalau lama2 dia jadi gila.. then ada a 2 orang member aku ni bersembang masa dia tengah mengajar.. boleh lak tetiba dia berhenti mengajar n tegur 2 orang tu.. dia cakap kalau taknak belajar dengan dia, takpe.. tunggu jek cikgu aku tu balik dari kursus.. pastu dia keluar kelas cmtu jek.. pehh, konon merajuk a tu? wahai cikgu, cuba cikgu pk balik.. berbaloi ke cikgu tak ajar 40+ orang disebabkan 2 orang yg buat salah? kalau cikgu dah matang, cikgu sepatutnya pedulikan 2 orang tu.. cikgu ajar jela orang lain.. orang yg taknak belajar, suka hati dia a.. kalau cikgu pk dosa pahala, cikgu takkan buat cmtu.. kenapa lak cikgu nak merajuk? nak didik dia? ke cikgu nak PERHATIAN? nak satu kuliah datang minta maaf kat cikgu, baru cikgu puas hati? haih.. aku pelik betul a dengan cikgu zaman sekarang ni.. sorry a cikgu, kalau saya orang yg bersalah tu pn, saya takkan minta maaf.. memang saya bersalah, tapi cikgu yg merajuk n taknak ajar 40+ orang disebabkan 2 orang tu pn lagi salah..

ni lak lagi satu kes.. takut sangat dengan peraturan sampai privasi orang pn dia nak menyibuk gak.. cikgu ni pelik sikit.. gelabah pn ada gak.. aku pn taktau a apa masalah dia ni.. ada sorang budak ni dapat result yg tak memuaskan.. pastu dia fire budak tu puas2.. dia cakap macam2 a.. jangan bercinta a, tumpukan perhatian masa cikgu mengajar, bla3.. alahai cikgu.. semua tu memang salah.. tapi kalau someone buat cmtu, tak semestinya dia takleh dapat result bagus.. semua tu bergantung kepada kesedaran diri masing2 kn? dah tu yg cikgu sibuk sangat nak cari orang ni couple dengan siapa, orang tu couple dengan siapa kenapa? salah ke kalau couple? tengok a gak, tak semua orang bersalah kn? pastu baru first time masuk kuliah lain, dah comment macam2.. cerminkan kuliah sendiri dulu, baru comment kuliah orang lain.. bukan aku nak cakap kuliah orang bagus, kuliah aku tak bagus.. tapi cikgu pk sendiri a.. "Don't judge a book by its cover",, pernah dengar kn? first time masuk, dah comment macam2.. adakah cikgu judge dorang by their cover or kandungan dia? sendiri mau ingat a yea cikgu..

so, apa pandangan korang? adakah cikgu sentiasa betul? adakah semuanya salah pelajar? pk a sendiri yea.. aku malas nak cakap banyak..

Monday, November 29

Gila~!

warghh!! esok dapat result untuk PSPM.. dompet aku tak jumpa lagi ni.. cmne ni?? somebody, help me!!

Friday, November 26

Waaaaaaaaa!!

TOLONG!! dompet aku hilang!! cmne ni? nak kena buat apa ni? dalam tu dah a ada banyak barang penting.. duit (RM170 untuk yuran n RM30 untuk baju ragbi), gambar (paham2 sendiri a gambar siapa), kad bank (CIMB n MayBank), I/C (ni yg paling penting)..

adoii.. mana nak cari ni? aku dah buntu.. takkan nak gtau kat parents aku? for sure aku kena maki dulu.. aku dah cari kat merata tempat, tapi tak jumpa kott.. waarggghhh!! siot a!! MANA DOMPET AKU WEH?!

Saturday, November 20

TOLONG!

aku kebosanan dok kat alor star ni..
dah a kedai banyak yg tak tutup lagi..
cilaka~!

Tuesday, November 16

Blog aku merajuk!

alalala..
sian blog aku ni..
lama dah aku tak update blog ni..
jangan majok ye blog..
jap lagi aku update post yg best2 kat sini..

Tuesday, October 12

Semangat Study!

wow..
gila a..
tak pernah aku jadi semangat nak belajar cmni pas UPS..
taktau apa yg mendorong aku untuk jadi rajin study ni..
well, pape pn..
harap aku boleh score untuk final nanti..
PNG 4.00, here i come! ^_^

Monday, October 11

Menghitung Hari

wah3!
exam final nak dekat dah ni..
cuak pn ada gak..
MUET dah lepas..
alhamdulillah..
lega rasanya bila dah lepas MUET (walaupn baru speaking).. =P

btw, aku baru dapat semangat nak study..
sebab tadi cikgu ekonomi aku (cikgu zamri) cakap, attendance dah tak diambil pasni..
so, ikut suka hati abah aku a nak masuk kelas ke tak kn?
aku nak study subjek lain gak..
nak pulun habis..
bukan aku tak study langsung subjek yg aku tak masuk kelas tu..

well, pape pn..
good luck to all my friends..
semoga kita sama2 dapat skor yg terbaik..
amiin..

Sunday, October 10

MUET Oh MUET!

hari ni (10102010) aku terpaksa ambil test MUET..
nak masuk U bagus untuk degree punya pasal a ni.. =.="
cuak pn ada gak..
hope esok otak aku tak blank..
n aku boleh cakap dengan bagus..
BAN 6, here I come!

Sunday, October 3

Elaun

wah3..
betapa happy nya aku kali ni..
tadi aku jumpa kaunselor jap..
borak2 dengan dia..
pastu aku korek a sikit pasal elaun mara yg RM100 sebulan tu..
cikgu cakap elaun akan dibagi cek!
fuhh..
lega hati aku bila kaunselor cakap cmtu..
takde a kantoi aku nak guna duit tu buat beli spec baru n fon syamil..
well..
harap2 spec aku tak lebih RM400 a..
kalau dapat elaun, dapat RM600..
RM400 aku bajet nak beli spec, RM200 lagi beli fon syamil..
fon lama?
guna lagi a..
buat dengar2 lagu jek sudeh.. ^_^

Saturday, October 2

Tak Sihat

pehh..
apa punya malang a nasib aku hari ni..
patutnya aku pergi kelas tambahan ekonomi yg cikgu zamri buat..
tapi rasa tak sihat lak..
pening kepala..
adeh..
ubat dah habis maa..
nak beli kat koop, koop tak buka lagi..
lagipn aku takde duit dah ni..
dah sengkek gila..
takpela..
jap lagi lepas aku tidur okay a kot..
harap2nya a.. =.="

Friday, October 1

Kad Outing Kena Tahan =(

cis..
kad outing aku kena tahan lagi..
baru ingat nak outing alor setar esok..
salah bajet masa punya pasal a ni..

tadi masa pergi sembahyang jumaat, aku keluar lambat..
dalam pukul 1300 cmtu a..
masa aku keluar asrama, tengok kereta napi ada lagi kat depan ppkk..
then aku buat dek jela..
jalan pn lenggang jek..
tapi...
sampai jek kat depan dataran pengarah, tetibe aku kereta napi lalu depan aku..
dia dah terpacak kat depan pondok pengawal tu! =.="
mula2 dia tak perasan aku tak pakai baju melayu lengkap..
then bila dah kat depan pondok pengawal tu, dia tanya kenapa aku tak pakai baju melayu lengkap..
adeh..
kantoi sudeh..
aku pn dengan redhanya bagi a nama kat napi..
kad outing kena tahan lagi a ni jawabnya..
sepatutnya kad outing aku dah boleh dapat balik hari ni..
tapi sebab aku buat hal lagi, sambung lagi 2 minggu (napi yg cakap a)..

Math + Struggle = Botak!

peh gila!
nak mati aku belajar math..
gila banyak kena buat revision..
semuanya kerana nak dapat result yg cemerlang!

pagi tadi jek dah ada kelas math..
banyak gila kena serap dalam kepala otak..
kalau hari2 cmni, aku rasa kepala aku boleh botak cm napi! =P

Thursday, September 30

Add Me

add facebook aku: Riezale M Shaiful

add myspace aku: Riezale M Shaiful

add id aku kat chesscube: emir_rms

add formspring aku: Riezale M Shaiful

add friendster aku: Emir Fauzi

add ym aku: emir_salleh92 , riezalemshaiful

add live messenger aku: emir_salleh92@live.com.my

Dygta - Kerna Kusayang Kamu


Seandainya kau ada disini denganku
Mungkinku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku



Kuingin bersama dirimu
Kutak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan selalu kunanti
Kerna kusayang kamu



Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain



Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu di sisiku
Kukan selalu menantimu

Oh Kawan!

tak sangka kau khianat aku..
celaka punya orang..
nasib baik aku ni jenis yg cepat marah n cepat cool..
kalau tak confirm aku dah tumbuk muka kau sial tadi..
dulik apa aku kau baru bangun tidur ke apa..

Kemalasan!

semakin hari semakin malas..
aku taktau kenapa..
kalau dulu, walaupn nampak malas tapi sebenarnya aku rajin..
walaupn kuat tidur, pas bangun tidur aku tetap study..

sekarang, nak menghadap buku pn malas..
bukan aku takleh nak buat exam, boleh jek..
semua soalan yg keluar aku pernah jawab..
cuma aku malas nak buat revision..

tadi, cikgu akaun mengamuk..
dia marah result budak kuliah aku teruk gila..
tapi nak buat cmne..
aku redha jek dengar cikgu mengamuk..
sebab memang salah aku pn..
aku yg malas nak study..
n aku memang dah bersedia nak kena maki, kena kutuk, kena perli dengan semua cikgu2..
i'm so sorry my beloved teachers! =(

Wednesday, September 29

Oh Gitar Kesayanganku! =(

balik dari kelas pukul 1430, aku terus cari gitar aku..
alangkah terkejutnya aku bila aku tengok gitar aku dah patah sikit!
tinggal nak patah dua jek..
sikit jek lagi nak patah dua..
well, sebelum ni baru retak..
belum patah lagi..
but serious, kali ni aku geram gila!
celaka kau wahai insan yg menyebabkan gitar aku patah!
nasib baik aku boleh bersabar lagi..
aku dapat orang yg patahkan gitar aku tu, aku maki kau puas2!
huh..

Snorlax! :D

wow..
lama gila aku tidur hari ni..
first ingat taknak pergi kelas petang..
aku suruh mirul (pres kelas aku) cakap kat cikgu yg aku pening kepala..
aku rehat kat bilik..
hehehe..

tapi tu semua auta belaka..
aku yg dilanda kebosanan ni pn tidur a pukul 1530..
masa budak2 sibuk bersiap nak ke kelas..
pastu topek kejut pukul 1630..
ajak aku buat kerja sikit..
then aku pn bangun a kejap..
siap buat kerja, aku sambung tidur balik..
pastu tak bangun2 sampai a mirul kejut aku pukul 2015 tadi..
gila lama aku tidur!

tengok fon, ada 1 misscall..
msg yg "dia" send pn aku tak reply..
tak disengajakan sebab aku tertidur!
ni pn aku rasa cm taknak pergi kelas..
malas a plak, mandi pn belum lagi..
hehehe..

okay a..
nak siap2 sekarang..
nanti cikgu touching plak kalau aku tak pergi kelas dia..
huhuhu..

Tuesday, September 28

Scary Week!

phew..
akhirnya terlepas gak aku daripada minggu yang menakutkan ni..
trial aku teruk gila..
buku satu pn tak baca..
kerja aku: online, main game, chatting, tengok movie..
takde gaya nak exam langsung..
haih..
apa nak jadi a kau ni.. =.="

tapi takpe..
biar trial ni yg teruk..
yg penting aku kena ambil iktibar daripada exam ni..
u need to motivate urself!
u can do it!
kena a rajin pasni..
takleh malas2..
aku nak scholarship masa ambil degree nanti!

Wednesday, September 22

Sambutan Raya Perdana

fuh..
banyaknya makan hari ni..
akibatnya perut aku sangat penuh dan aku mengantuk dalam kelas!
habis jek sambutan raya kat DS, tak g kelas dah..
terus pergi kelas "dia", jumpa jap..
hehehe..

petang, ada exam agama..
nak meniru tak dapat..
so terpaksa a aku jadi cowboy..
dan berlaku a aksi tembak menembak jawapan..
memang aku tak baca pape langsung untuk exam kali ni..
rasa malas gila..
harap2 sikap malas ni cepat hilang a..
kalau tak, mampus aku punya final exam lingkup! =.="

Thursday, September 16

New Blog

haih..
berapa banyak blog aku kena buat ni?
aku rasa ni blog ketiga aku..

err..
maybe ni last blog aku..
pasni taknak tukar dah..
menyusahkan jek..

okay..
keep in touch..