Wednesday, May 25

hey kawan kawan !

blog ni dah tak hidup lah . jom terjah blog yg lagi satu : http://powerofrhythm.blogspot.com/ ! ;)

Wednesday, December 15

Dilemma

mana satu aku nak pilih ni? fon @ gitar @ kasut basketball? semua berguna untuk aku..

fon samsung aku ni macam nak buat hal lagi dengan aku.. ni yg aku geram ni.. rasa cm nak campak jek fon ni kn.. hahaha..

gitar lak, memang aku dah lama nak beli gitar baru.. sebab gitar lama ni dah usang dah.. so aku ingat nak beli baru.. boleh cucuk kat amplifier lagi.. cool oh! dah a murah.. memang teringin gila a..

kasut basketball lak, kasut aku memang dah ancur semua.. so aku dah takde kasut n takleh nak main basketball cm dulu2 lagi dah..

haih.. mana satu nak pilih ni.. HELP ME!

Oh Kuiz Math!

hari ni kuiz math.. walaupn aku dah tenfok soalan, tapi still blur.. kenapa ek? pelik betul a.. tapi takpe a.. kuiz jek pn.. nanti masa standardize n UPS buat a betul2.. insyaALLAH boleh dapat 4 flat lagi sekali n boleh dapat tawaran ke universiti terbaekkkk dengan biasiswa.. ^_^

Monday, December 6

Hospital!

hari ni aku terpaksa pergi hospital.. nak buat cmne.. batuk aku dah 3 hari tak elok2 lagi.. kalau dapat H1N1 ke, mati a aku.. =.="

post kali ni aku nak share segala benda yg berlaku hari ni yg menyakitkan hati, mencuit hati n bla3..

cm biasa, aku bangun kul 7.30am (lewat ke? nak buat cmne.. selalunya fon ni bunyi, kali tak lak.. hehehe..).. pas mandi siap2 semua, aku terus pergi PPKK sebab nak pergi hospital.. dah siap isi semua borang, alamak! kad outing dengan kad matrix lak tertinggal.. so terpaksa a balik blok, amek semua tu.. mak aih.. kenapa kolej ni makin ganas? kunci pintu pagar gunua rantai besi siot! gila apa? ingat ni sekolah asrama ke? kalau MRSM ke, SBP ke, aku boleh terima lagi a.. ni kolej kediaman ke kandang harimau? =.="

dah amek semua barang2 tu (kad outing n kad matrix), aku, topek, afiq n chua pn tunggu a sampai van datang.. sebenarnya kad matrix tu takyah bawak pn takpe.. tapi oleh sebab I/C aku hilang kn, so terpaksa a bawak kad matrix kot2 a dia nak bukti aku punya num I/C.. huhuhu.. bila van dah sampai, kitorang pn naik a untuk pergi hospital.. tengah otw tu, kat depan blok iman, aku nampak napi tengah teropong budak.. apa a gila sangat ketua felo aku yg sorang ni.. dah buang tabiat ke? untuk apa dia bawak teropong tu? kot2 a dia nak bagi alasan dia rabun tu, aku boleh terima lagi a.. ni tak, dia pakai spek dah.. adeh..

sampai jek kat hospital, aku agak terkejut a.. mak aih.. unit pesakit luar dah macam klinik kat miri yg aku pernah pergi dulu.. aku ingatkan kuala klawang yg dok kat ceruk negeri sembilan tu yg paling ketinggalan zaman.. rupanya kuala nerang lagi teruk! =.="

okeh takpe a.. tak kesah a semua tu.. masa doktor panggil nak check, firstly dia tanya, "awak ada keturunan yg kena darah tinggi ka?" punya a terkejut aku.. pehal lak doktor ni tanya cmtu kn.. so dia cakap a tekanan darah aku 112/89.. aku ni tak reti sangat pasal benda2 medic ni.. tapi yg aku tau >80 dah kira tinggi a.. dia cakap dia nak check lagi sekali.. aku pn fine jela.. fuhh.. lega sikit sebab 2nd check 125/78.. tapi bagi aku kira tinggi gak a.. sebab dah nak mencecah 80.. =.="

lepas check, aku pergi amek ubat, makan kat cafe (thanks afiq sebab belanja aku! :D), then tunggu van sampai nak amek kitorang balik kolej.. nasib baik cepat, kalau tak, mati kebosanan a aku.. dah a tak bawak earphone.. so takleh a nak dengar lagu.. tension jek aku tengok topek dengar lagu.. >:(

lepas dah siap semua urusan kat PPKK, aku dah buntu.. nak lepak mana ni? aku dah a malas gila nak masuk kelas.. so ikut a topek pergi PSP.. ingat nak online kat sana, tapi komputer cm haram.. apa daaa.. =.="

so kitorang decided balik bilik jelaa.. cmne nak masuk? guna toyol a.. hahaha.. tapi apakan daya, tengah on the way balik asrama tu, mirul panggil aku sebab cikgu suruh masuk kelas.. alahai.. kantoi sudaa.. nak taknak terpaksa a aku balik kelas gak.. bodek2 cikgu sikit, then cikgu suruh pergi rehat kat sick bay.. dah sampai sick bay, aku cakap kat abang tu cikgu suruh aku rehat kat sick bay.. pastu dia minta surat lak.. ah sudah.. takya a kalau cmtu.. baik aku lepak surau jek lagi bagus.. hahaha.. so aku n topek lepak a surau sampai kul 1..

yg paling aku geram.. ada a plak mulut yg cibai sangat cakap aku takde rupa orang demam pn.. alamak.. bila masa lak aku cakap aku pergi hospital sebab demam? lu dah a salah shot, wa malas jek nak malukn lu.. pk leklok sebelum tuduh orang bro..

Friday, December 3

Selesema!

waaaaa!! seksanya aku hari ni.. dari malam tadi lagi kot.. dah a selesema.. batuk2 lak tu.. dapat package sekali dengan sakit tekak sebab asyik batuk jek.. ni tambah lagi pening kepala.. adeii.. berat gila kepala aku ni!! =.="

Alhamdulillah

alhamdulillah.. result PSPM aku boleh tahan a.. walaupn tak dapat >3.75 kn.. tapi aku still bersyukur sebab dapat 3.68.. ramai gak a drop kali ni.. tak dinafikan.. soalan dia memang susah gila.. aku punya result slack kat bisnes.. dapat B- jek.. =( yelaa.. nak buat cmne.. dah a sehari sebelum exam bisnes tu exam math.. so aku kena a stay up dengan member2 aku sebab nak tolong dorang.. nak berjaya biar sama2 a kn.. tak syok a kalau kita berjaya, member kita tak..

malam sebelum math tu, aku stay up sampai kul 4.. gila punya malam.. topik untuk 10 kali kuliah dalam satu malam.. tak cm meletup lak kepala otak kn.. lepas habis exam math, kalau tak silap aku, aku tak tidur langsung sampai malam.. pastu waktu tengah malam baru a sibuk nak study.. dapat lak beribu setan dah gayut kat mata aku suruh tidur.. memang takleh nak buat apa a.. masa tengah baca buku jek mesti tertidur.. ha, amek kau penangan! dapat 3.68..

btw, aku nak ucap congrats kat semua member2 aku yg berjaya dapat >3.5.. yg tak dapat tu, dont worry.. kita cuba lagi sem ni.. mesti boleh punya! sekurang2nya result kita tak teruk sampai kena kick kn? kepada sorang yg kena kick tu, dont worry.. malaysia ni kecik jek.. dah besar nanti kita boleh jumpa lagi..

Menyampah

meh sini dengar cerita aku.. aku post ni bukan nak burukkan sesiapa.. tapi sendiri mau ingat a..

apa function jadi cikgu ni? kalau kat sekolah rendah n menengah dulu, cikgu bertanggungjawab untuk mendidik anak murid dia menjadi insan yg berguna kepada masyarakat.. kalau dah masuk zaman lepasan SPM, aku pn taktau a apa function cikgu ni sebenarnya.. or should i say lecturer.. hey, ada ke kolej or universiti lain yg panggil insan tu cikgu lagi? aku rasa kat tempat aku jek panggil cikgu.. pelik kn?

actually, ku bukan nak cakap pasal benda ni.. aku just nak luahkan something.. perlu ke seorang guru (or leceturer) merajuk dengan anak murid dia? kenapa aku cakap cmni? cerita dia cmni..

waktu ekonomi aku, cikgu yg sepatutnya mengajar aku takde sebab dia pergi kursus.. so ada a sorang cikgu ni ganti.. masa dia mengajar, ramai a yg bersembang a, buat kerja lain a.. standard a tu kn? boleh ke someone fokus study jek sepanjang lebih daripada 5jam? kalau ada, aku tak pelik kalau lama2 dia jadi gila.. then ada a 2 orang member aku ni bersembang masa dia tengah mengajar.. boleh lak tetiba dia berhenti mengajar n tegur 2 orang tu.. dia cakap kalau taknak belajar dengan dia, takpe.. tunggu jek cikgu aku tu balik dari kursus.. pastu dia keluar kelas cmtu jek.. pehh, konon merajuk a tu? wahai cikgu, cuba cikgu pk balik.. berbaloi ke cikgu tak ajar 40+ orang disebabkan 2 orang yg buat salah? kalau cikgu dah matang, cikgu sepatutnya pedulikan 2 orang tu.. cikgu ajar jela orang lain.. orang yg taknak belajar, suka hati dia a.. kalau cikgu pk dosa pahala, cikgu takkan buat cmtu.. kenapa lak cikgu nak merajuk? nak didik dia? ke cikgu nak PERHATIAN? nak satu kuliah datang minta maaf kat cikgu, baru cikgu puas hati? haih.. aku pelik betul a dengan cikgu zaman sekarang ni.. sorry a cikgu, kalau saya orang yg bersalah tu pn, saya takkan minta maaf.. memang saya bersalah, tapi cikgu yg merajuk n taknak ajar 40+ orang disebabkan 2 orang tu pn lagi salah..

ni lak lagi satu kes.. takut sangat dengan peraturan sampai privasi orang pn dia nak menyibuk gak.. cikgu ni pelik sikit.. gelabah pn ada gak.. aku pn taktau a apa masalah dia ni.. ada sorang budak ni dapat result yg tak memuaskan.. pastu dia fire budak tu puas2.. dia cakap macam2 a.. jangan bercinta a, tumpukan perhatian masa cikgu mengajar, bla3.. alahai cikgu.. semua tu memang salah.. tapi kalau someone buat cmtu, tak semestinya dia takleh dapat result bagus.. semua tu bergantung kepada kesedaran diri masing2 kn? dah tu yg cikgu sibuk sangat nak cari orang ni couple dengan siapa, orang tu couple dengan siapa kenapa? salah ke kalau couple? tengok a gak, tak semua orang bersalah kn? pastu baru first time masuk kuliah lain, dah comment macam2.. cerminkan kuliah sendiri dulu, baru comment kuliah orang lain.. bukan aku nak cakap kuliah orang bagus, kuliah aku tak bagus.. tapi cikgu pk sendiri a.. "Don't judge a book by its cover",, pernah dengar kn? first time masuk, dah comment macam2.. adakah cikgu judge dorang by their cover or kandungan dia? sendiri mau ingat a yea cikgu..

so, apa pandangan korang? adakah cikgu sentiasa betul? adakah semuanya salah pelajar? pk a sendiri yea.. aku malas nak cakap banyak..